HUBUNGI

perkemaskan strategi pemasaran digital anda dengan sEO

Kami di AKSARA Digital Solutions akan membantu anda untuk mengenalpasti siapa yang sedang aktif dalam niche perniagaan anda, bagaimana untuk memberi persaingan sihat dan seterusnya meningkatkan jualan anda menerusi optimasi enjin carian (SEO).
Info lanjut mengenai pakej SEO »

Kenapa memilih Aksara Digital Solutions untuk kempen SEO anda?

Walaupun kami baharu sahaja bertapak menggunakan jenama AKSARA ini, namun pengalaman lebih 17 tahun dalam dunia digital terutama dalam penulisan dan optimasi enjin carian akan memberikan anda faedah dan impak yang positif.
Dekat di hati pelanggan anda
Kami berpengalaman untuk memikat hati pelanggan melalui strategi pemasaran digital dan SEO yang dekat di hati pelanggan anda. Usah hanya fokus untuk ranking di enjin carian tanpa tujuan yang lebih jelas.
Kajian pasaran tempatan
Terdapat banyak agensi yang menawarkan perkhidmatan ini dalam bahasa inggeris, namun kami di AKSARA percaya potensi pasaran bahasa melayu juga tak kurang hebatnya. 

Mulakan kempen SEO Anda hari ini

tiba masa untuk meletakkan laman web anda lebih cemerlang di enjin carian seperti Google dan Bing.
DAPATKAN PAKEJ PERKHIDMATAN SEO DI SINI »

Soalan Lazim

Apakah itu SEO?

SEO atau optimasi enjin carian merupakan gabungan teknik dan strategi untuk meletakkan halaman web anda di paparan carian Google dan enjin carian lain seperti bing dan sebagainya.

Ini akan memberikan anda peluang untuk mendapatkan jualan atau bakal pelanggan menerusi carian organik tanpa mengeluarkan kos tambahan dari sudut pemasaran berbayar. 

SEO adalah strategi jangka masa panjang yang berkesan jika dibina dengan baik.

Adakah saya perlukan laman web untuk SEO?

Ya, strategi terbaik adalah untuk mempunyai laman web sendiri, walaupun ada platform media sosial yang akan membolehkan anda ranking di enjin carian, namun laman web adalah lebih baik kerana anda boleh menyusun funnel anda dengan lebih baik.

Adakah ada jaminan SEO akan berjaya?

Tiada yang pasti dalam dunia ini, namun kami di Aksara Digital Solutions sentiasa memastikan amalan terbaik akan dilakukan. Anda akan menerima perkhidmatan dengan teknik yang telah diuji sejak bertahun-tahun lamanya. 

Bolehkah saya mulakan SEO sendiri?

Ya, anda boleh memulakan teknik SEO ini sendiri tanpa menggunakan perkhidmatan pihak ketiga seperti yang disediakan di Aksara Digital Solutions.

Kami ada menyediakan course bagaimana untuk memulakan kempen SEO anda sendiri tanpa memerlukan perkhidmatan pihak ketiga. 

Bagaimana untuk bermula dengan SEO?

Langkah pertama, adalah untuk mempunyai laman web sebagai premis dan tapak penting perniagaan anda. Selepas itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kami di Aksara digital solutions untuk memulakan SEO Site Audit dan selepas itu bolehlah mendapatkan perkhidmatan keyword research dan monitoring yang kami sediakan. 

Adakah sebarang alat yang perlu dipasang?

Ya, tracking tools seperti google search console, google analytics atau google tag manager antara perkara asas yang perlu di pasang. Kami juga akan menggunakan beberapa tools lain untuk tujuan monitoring dan kajian pasaran. Semuanya akan kami maklumkan selepas anda membuat langgan perkhidmatan kami. 

Bolehkah bayaran dibuat menggunakan kad kredit?

Ya, kami menerima bayaran menggunakan kad kredit menerusi gerbang bayaran stripe yang merupakan penyedia perkhidmatan untuk penerimaan bayaran menggunakan kad kredit. 

Bagaimana jika saya ada soalan lain?

Sekiranya anda mempunyai soalan lain, sila gunakan halaman Hubungi Kami untuk mendapatkan penerangan dan khidmat konsultasi selanjutnya. 

Terima kasih. 
crossmenu