HUBUNGI

Siapa Aksara Digital Solutions?

Sejarah penubuhan
Aksara Digital Solutions ini ditubuhkan untuk membantu syarikat dan individu tempatan dalam memperkasakan pemasaran digital mereka melalui teknik SEO dalam bahasa Melayu

Fokus utama Aksara Digital Solutions buat masa ini adalah untuk memperbanyakkan isi kandungan berkualiti dalam pelbagai industri tempatan agar ianya mendapat tempat yang sebaiknya.
Misi, visi dan nilai murni
Visi kami mudah, untuk menjadikan gabungan aksara sebagai alat pemasaran yang berkualiti tinggi dan memberikan keuntungan kepada pengusaha tempatan.

Misi kami dengan memberi kesedaran dan pendedahan bahawa penulisan dan gabungan aksara ini adalah perkara yang akan memberikan impak positif jangka masa panjang.

Antara nilai murni yang kami pegang adalah untuk sentiasa berlaku jujur dalam pemasaran dan tidak memanipulasi sebarang info untuk keuntungan dunia semata-mata.

Penulisan itu senjata yang tajam, ianya boleh digunakan untuk kebaikan atau kejahatan, pilihan di tangan kita.

Ahli Pasukan Aksara

Kami masih lagi sebuah syarikat yang kecil, dengan kapasiti 6 orang setakat ini. Ianya membolehkan Aksara Digital Solutions mula mengorak langkah dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami.

Berikut adalah sebahagian daripada ahli pasukan Aksara.
  • Mohd Hadihaizil Din
    SEO Specialist
    Farah Hanina
    Pegawai Tadbir
  • Siti Nur Raihan
    Penulis
    Siti Aisyah
    Penulis
  • Nazrien
    Penulis
    Hazreen
    Penulis
crossmenu