HUBUNGI

3 sebab pemasaran SEO perlu dimulakan awal.

Sebelum ini kita pernah berbincang mengenai 3 perkara untuk memulakan pemasaran SEO ianya adalah perkara penting yang diperlukan sekiranya kita ingin bermula dalam proses membina alat pemasaran jangka masa panjang ini.

Pemasaran SEO adalah pemasaran jangka masa panjang, anda perlu mulakan proses untuk membina tapak yang baik lebih awal. Semakin cepat anda bermula, semakin tinggi kebarangkalian anda untuk membina premis digital yang berpotensi tinggi.

Ramai yang beranggapan, mereka hanya perlu fokus pada pengiklanan berbayar pada permulaan ini, nanti apabila dah stabil dan jualan banyak, bolehlah menceburkan diri dalam bidang pemasaran SEO pula. Ketika itu kewangan sudah lebih stabil untuk digunakan dalam konteks jangka masa panjang.

Membina domain authority lebih awal

Salah satu kriteria yang perlu dibina awal, adalah domain authority. Ini melibatkan banyak faktor, antaranya adalah trafik yang berkunjung ke laman kita untuk mendapatkan info-info dan menjadikan laman web kita sebagai sumber rujukan.

contoh authority score yang baik : 53

Perkara ini akan memerlukan masa yang panjang untuk dibina, sekiranya anda mengambil langkah untuk tunggu dulu kemudian, baru ingin dilaksanakan, ianya akan memberikan anda kesan yang lambat dalam proses membina domain authority ini. Hanya mendaftarkan domain anda lebih awal, tidak akan memberikan anda skor yang baik dalam domain authority.

Anda perlu memastikan laman web anda hidup dengan artikel-artikel yang diterbitkan mengikut sela masa yang baik. Jika dibiarkan sahaja domain itu didaftarkan tanpa sebarang aktiviti yang akan memberikan impak kepada laman web secara keseluruhan, anda tidak akan dapat membina domain authority yang baik.

Membina kefahaman trafik organik memerlukan masa

Ramai hari ini, apabila mereka telah selesa dengan pengiklanan berbayar yang memberikan kesan atau hasil cepat, tidak mahu memulakan pemasaran organik seperti SEO ini, alasannya mudah, ianya menjadi lambat ketika itu, walaupun pada awalnya, mereka menggunakan alasan perlu mencari modal terlebih dahulu menggunakan pengiklanan berbayar.

Ini senario yang sudah acapkali kami temui sepanjang tempoh berbelas tahun menjalankan pemasaran SEO sebelum ini. Atas alasan itu, kami berazam untuk memberikan lebih banyak kesedaran menerusi artikel-artikel yang akan diterbitkan dalam laman Aksara Digital Solutions ini agar lebih ramai akan faham dan sedar bagaimana proses pemasaran SEO ini akan dijalankan.

Situasinya akan berbeza sekiranya kita bermula awal, mulakan pemasaran SEO bersama-sama dengan pengiklanan berbayar anda. Sambil anda mengusahakan pengiklanan berbayar, anda juga menguruskan artikel-artikel dalam laman web anda agar ianya dapat tumbuh selari.

Trafik berbayar ini penting, dalam masa yang sama, trafik organik akan memberikan anda impak jangka masa panjang yang menjimatkan. Sampai satu tahap, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengeluarkan bajet pengiklanan yang terlalu tinggi.

Dan kelebihan lain adalah anda tidak terikat dengan sebarang perubahan dari sudut peraturan pengiklanan dan sebagainya. Ini adalah kerana, apabila trafik organik anda terbina dengan baik, anda akan mempunyai kelompok pembaca setia yang terus melekat di laman web anda tanpa anda perlu mengeluarkan bajet tambahan untuk mengajak mereka bertandang ke laman anda.

Membina perhubungan perlukan masa

Sebelum ini, kita juga pernah berbincang bagaimana pentingnya membina perhubungan untuk meningkatkan nilai jualan anda. Perhubungan ini tidak akan terbina hanya disebabkan anda menerbitkan satu artikel semata-mata. Ianya perlukan masa untuk berkembang dan menjadi matang.

Satu artikel yang memberikan manfaat akan menyebabkan perkenalan pertama kali itu berlaku, namun sekiranya anda mempersembahkan berpuluh artikel yang bermanfaat, ianya akan membina perhubungan jangka masa panjang yang baik.

Anda tidak perlu untuk menerbitkan sekali gus 100 artikel dalam laman web anda. Hanya perlu terbitkan secara berkala, dan ini akan memberikan peluang dan ruang kepada pembaca anda untuk menghadam setiap penulisan itu dengan lebih baik, tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama.

Menerbitkan secara berkala contohnya 3 kali seminggu akan memberi ruang kepada pembaca anda untuk menghadam setiap artikel tanpa membebankan mereka. Walaupun secara ideal nya, kita mahu mereka sentiasa melekat di laman web kita. Namun kita juga perlu sedar, laman web kita bukanlah platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok dan seumpamanya. Kita perlulah bersikap realistik.

Ini antara perkara penting kenapa pemasaran SEO ini perlu dimulakan seawal perniagaan anda bertapak dalam dunia digital. Semakin awal anda bermula, semakin bagus impaknya apabila usaha-usaha untuk menulis artikel dimulakan dengan bersungguh-sungguh.

Jika anda memerlukan perkhidmatan penulisan artikel, kami ada menyediakan pakej penulisan artikel mesra SEO untuk sesiapa yang memerlukan.

Ramai hari ini terlalu fokus untuk membuat pengiklanan berbayar tanpa memikirkan dengan siapa iklan mereka itu akan dihidangkan. Bukanlah perkara yang salah, namun ianya akan menyebabkan kos iklan bertambah dan kita hanya fokus kepada mencari bakal pelanggan yang baru.

Andai kita mengubah sedikit proses ini kepada pembinaan perhubunngan terlebih dahulu, walaupun mungkin laluan yang kita perlu tempuh itu lebih jauh, ianya akan memberikan impak jangka masa panjang yang lebih berkesan.

Membina perhubungan ini ada banyak caranya, salah satu adalah dengan memberikan manfaat atau nilai-nilai berharga kepada mereka tanpa memerlukan mereka untuk membuat sebarang belian terlebih dahulu. Apabila mereka mencuba tips atau ilmu yang kita persembahkan secara percuma dan mereka mendapat hasil, di sinilah bermulanya perhubungan hebat yang akan memberikan impak positif untuk jangka masa panjang.

Perhubungan untuk menonjolkan kredibiliti

Perhubungan dalam dunia digital ini pada mulanya bersifat satu hala, kita yang memberikan mereka manfaat melalui isi kandungan dan content yang kita terbitkan. Sama ada ianya dalam bentuk penulisan, video, audio atau apa sahaja medium yang boleh kita gunakan dalam dunia digital ini.

Perhubungan satu hala ini, akan berubah menjadi perhubungan dua hala, apabila mereka mula bertanyakan soalan, memberi komen dan maklum balas dan akhirnya jika kita memberikan interaksi balas, komunikasi dua hala ini akan mewujudkan perhubungan yang lebih erat dan utuh.

Kepercayaan akan mula terbina, dan secara langsung, mereka akan mula percaya dengan apa yang kita persembahkan. Kepercayan ini adalah perkara yang sangat berharga dan perlulah kita jaga dengan baik. Ianya boleh musnah dan luput dalam tempoh sekelip mata, walaupun proses untuk membinanya ada ketika memakan masa bertahun lamanya.

Semakin banyak mereka menikmati isi kandungan dan perkongsian yang berkait rapat dengan bidang kita, semakin utuh kedudukan kita dalam bidang yang diceburi. Sebagai contoh, sekiranya kita menjual lilin premium. Kita pun berkongsi mengenai pelbagai jenis bahan yang boleh dibuat lilin. Ada yang sesuai untuk semua golongan, ada pula yang berbahaya untuk anak kecil.

Setiap perkongsian kita itu, akan mendidik bakal pelanggan kita, kita akan menjadi sumber rujukan utama sekiranya tiada penggiat lilin lain yang melakukan perkara yang sama. Akhirnya, apabila mereka ingin mendapatkan lilin premium, kita akan menjadi tempat pertama mereka membuat belian.

Kepercayaan yang akan meningkatkan nilai belian

Perhubungan yang baik walaupun pada awalnya hanyalah bersifat satu hala, ianya akan dalam masa yang sama, membina kepercayaan kepada jenama dan perniagaan anda. Kepercayaan ini sangat mahal nilainya. Bayangkan kita tak pernah membuat belian mahal di sesuatu kedai, pasti kita akan lebih berhati-hati untuk membuat belian yang tinggi nilainya.

Berbeza pula sekiranya kita telah mempercayai sesebuah kedai atau peniaga itu, belian dengan harga yang lebih tinggi akan boleh dibuat tanpa rasa takut atau khuatir ditipu. Di sinilah kelebihan membina perhubungan untuk jualan berulang dalam tempoh yang lama.

Semakin kuat perhubungan kita dengan bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada, semakin tinggi nilai jualan per transaksi yang akan boleh kita capai. Ini 2 perkara penting yang boleh kita nikmati apabila membina perhubungan jangka masa pendek atau jangka masa panjang bersama netizen.

Ada banyak lagi kelebihan lain yang akan kita perolehi apabila perhubungan pelanggan ini terbina, akan kita bincangkan dalam artikel yang berbeza. Buat masa ini, fokus untuk membina perhubungan ini, anda akan rasai sendiri bagaimana perhubungan ini menjadi salah satu elemen yang sangat berkesan dalam pemasaran digital anda.

SEO adalah singkatan daripada perkataan Search Engine Optimization ataupun optimasi enjin carian. Secara lazimnya, SEO dikaitkan dengan Google, namun perlu kita ingat dan ketahui, ada juga enjin carian lain seperti Bing yang boleh kita manfaatkan apabila bercerita mengenai SEO.

Sekiranya anda baru ingin bermula menggunakan pemasaran SEO, inilah masa yang sangat tepat untuk bermula.

Laman web sebagai premis utama

Andai anda benar-benar ingin memanfaatkan pemasaran SEO, silalah mulakan dengan mewujudkan laman web yang baik. Jika anda telah mempunyai laman web, itu adalah permulaan yang baik. Laman web ini adalah premis utama dalam dunia digital yang perlu kita wujudkan sekiranya kita ingin bertapak untuk jangka masa yang panjang.

Laman web yang baik akan memberikan banyak manfaat antaranya seperti

Ini sebahagian daripada manfaat utama mempunyai laman web yang baik, sebenarnya ada banyak lagi manfaat lain. Akan kita kongsikan dari masa ke semasa.

Perancangan artikel

Selepas anda mempunyai laman web, satu perkara yang sangat penting untuk anda wujudkan dalam laman web anda adalah ruangan artikel. Artikel ini akan membolehkan anda mengukuhkan strategi pemasaran menggunakan SEO anda.

Semakin banyak artikel yang anda terbitkan dalam laman web anda dan diuruskan dengan baik selepas itu agar di index dan sebagainya.

Semakin cepat laman anda mendapat perhatian daripada enjin carian seperti Google. Artikel-artikel ini juga akan memberikan anda ruang dan peluang untuk membina perhubungan dengan pembaca. Mereka pada mulanya mungkin sekadar pembaca santai sahaja.

Namun disebabkan artikel yang anda tulis, secara tidak langsung, mereka akan mula mengingati anda dan apabila mereka memerlukan perkhidmatan atau produk anda, biasanya jenama anda akan melintas di fikiran mereka.

Bina perhubungan terlebih dahulu, ianya mungkin akan memberikan kesan yang sedikit lambat, namun ianya akan memudahkan proses jualan untuk berlaku di kemudian hari.

Sentiasa memberikan yang terbaik untuk semua pembaca dan pelawat laman anda.

Fokus kepada manfaat pembaca

Strategi SEO yang berkesan dan tidak ditelan zaman adalah apabila anda menulis artikel untuk manfaat pembaca. Semakin banyak manfaat yang mereka terima, semakin kuat perhubungan antara anda dan pembaca anda.

Anda mungkin belum mengenali mereka, tapi mereka telah mula mengenali anda hanya melalui penulisan artikel yang anda terbitkan. Memang nampak mudah tips ini, namun ianya perlukan disiplin yang tinggi untuk memastikan artikel anda ditulis dalam durasi yang berterusan dan bukannya pada permulaan sahaja.

Semakin banyak artikel yang anda terbitkan dengan penuh manfaat dan info yang akan memberikan faedah kepada pembaca anda, semakin tinggi kepercayan dan kesetiaan mereka untuk terus menjadikan artikel anda sebagai laman yang dirujuk.

Ini adalah teknik pemasaran jangka masa panjang yang sangat evergreen, tak lapuk di hujan, tak lekang dek panas. Tambahan dalam situasi pemasaran di Malaysia, saingan SEO adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dengan pasaran antarabangsa.

Andai anda mengambil langkah awal untuk memperkukuhkan kedudukan SEO anda sekarang, ianya akan membuahkan hasil yang berpanjangan.

Usah khuatir untuk melabur dalam pemasaran yang melibatkan laman web sendiri ini, kerana hasil yang anda akan kutip di kemudian hari itu akan berkali ganda nilainya.

crossmenu