Jika anda berminat untuk bersama kami, boleh baca lanjut
Aksara Digital Solutions merupakan agensi yang baru bertapak dengan jenama ini, kami masih sebuah syarikat bumiputera yang kecil. Ini peluang anda untuk belajar dan menimba lebih banyak pengalaman dalam melakukan kerja yang diberikan.
Latihan juga akan diberikan dalam bidang yang berkaitan agar kita dapat sama-sama berkembang dalam memajukan industri pemasaran dan penulisan tanahair.
Sila rujukan senarai jawatan kosong di bawah kemudian hantar permohonan anda ke [email protected] dengan tajuk jawatan yang ingin dimohon.
Jawatan: Penulis sambilan
Anda bertanggungjawab untuk menyediakan penulisan dengan membuat kajian pasaran dengan alatan yang dibekalkan.
Sekiranya anda tiada pengalaman, kami akan memberikan latihan bagaimana penulisan itu perlu dibuat.
Anda boleh bekerja dari rumah atau dari lokasi yang anda pilih, apa yang penting, penulisan dihantar tepat pada masa ianya diperlukan.
Jawatan: Pembantu peribadi
Jawatan ini juga tidak memerlukan anda untuk hadir ke pejabat, hanya selesaikan semua kerja secara jarak jauh.
Hanya sekali sekala anda mungkin diperlukan untuk bertemu untuk berbincang mengenai perkara berkaitan.
Pengalaman kerja dalam bidang pengurusan syarikat amatlah dialukan.