HUBUNGI
22 March 2022

3 sebab pemasaran SEO perlu dimulakan awal.

Sebelum ini kita pernah berbincang mengenai 3 perkara untuk memulakan pemasaran SEO ianya adalah perkara penting yang diperlukan sekiranya kita ingin bermula dalam proses membina alat pemasaran jangka masa panjang ini. Pemasaran SEO adalah pemasaran jangka masa panjang, anda perlu mulakan proses untuk membina tapak yang baik lebih awal. Semakin cepat anda bermula, semakin tinggi […]

Sebelum ini kita pernah berbincang mengenai 3 perkara untuk memulakan pemasaran SEO ianya adalah perkara penting yang diperlukan sekiranya kita ingin bermula dalam proses membina alat pemasaran jangka masa panjang ini.

Pemasaran SEO adalah pemasaran jangka masa panjang, anda perlu mulakan proses untuk membina tapak yang baik lebih awal. Semakin cepat anda bermula, semakin tinggi kebarangkalian anda untuk membina premis digital yang berpotensi tinggi.

Ramai yang beranggapan, mereka hanya perlu fokus pada pengiklanan berbayar pada permulaan ini, nanti apabila dah stabil dan jualan banyak, bolehlah menceburkan diri dalam bidang pemasaran SEO pula. Ketika itu kewangan sudah lebih stabil untuk digunakan dalam konteks jangka masa panjang.

Membina domain authority lebih awal

Salah satu kriteria yang perlu dibina awal, adalah domain authority. Ini melibatkan banyak faktor, antaranya adalah trafik yang berkunjung ke laman kita untuk mendapatkan info-info dan menjadikan laman web kita sebagai sumber rujukan.

contoh authority score yang baik : 53

Perkara ini akan memerlukan masa yang panjang untuk dibina, sekiranya anda mengambil langkah untuk tunggu dulu kemudian, baru ingin dilaksanakan, ianya akan memberikan anda kesan yang lambat dalam proses membina domain authority ini. Hanya mendaftarkan domain anda lebih awal, tidak akan memberikan anda skor yang baik dalam domain authority.

Anda perlu memastikan laman web anda hidup dengan artikel-artikel yang diterbitkan mengikut sela masa yang baik. Jika dibiarkan sahaja domain itu didaftarkan tanpa sebarang aktiviti yang akan memberikan impak kepada laman web secara keseluruhan, anda tidak akan dapat membina domain authority yang baik.

Membina kefahaman trafik organik memerlukan masa

Ramai hari ini, apabila mereka telah selesa dengan pengiklanan berbayar yang memberikan kesan atau hasil cepat, tidak mahu memulakan pemasaran organik seperti SEO ini, alasannya mudah, ianya menjadi lambat ketika itu, walaupun pada awalnya, mereka menggunakan alasan perlu mencari modal terlebih dahulu menggunakan pengiklanan berbayar.

Ini senario yang sudah acapkali kami temui sepanjang tempoh berbelas tahun menjalankan pemasaran SEO sebelum ini. Atas alasan itu, kami berazam untuk memberikan lebih banyak kesedaran menerusi artikel-artikel yang akan diterbitkan dalam laman Aksara Digital Solutions ini agar lebih ramai akan faham dan sedar bagaimana proses pemasaran SEO ini akan dijalankan.

Situasinya akan berbeza sekiranya kita bermula awal, mulakan pemasaran SEO bersama-sama dengan pengiklanan berbayar anda. Sambil anda mengusahakan pengiklanan berbayar, anda juga menguruskan artikel-artikel dalam laman web anda agar ianya dapat tumbuh selari.

Trafik berbayar ini penting, dalam masa yang sama, trafik organik akan memberikan anda impak jangka masa panjang yang menjimatkan. Sampai satu tahap, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengeluarkan bajet pengiklanan yang terlalu tinggi.

Dan kelebihan lain adalah anda tidak terikat dengan sebarang perubahan dari sudut peraturan pengiklanan dan sebagainya. Ini adalah kerana, apabila trafik organik anda terbina dengan baik, anda akan mempunyai kelompok pembaca setia yang terus melekat di laman web anda tanpa anda perlu mengeluarkan bajet tambahan untuk mengajak mereka bertandang ke laman anda.

Membina perhubungan perlukan masa

Sebelum ini, kita juga pernah berbincang bagaimana pentingnya membina perhubungan untuk meningkatkan nilai jualan anda. Perhubungan ini tidak akan terbina hanya disebabkan anda menerbitkan satu artikel semata-mata. Ianya perlukan masa untuk berkembang dan menjadi matang.

Satu artikel yang memberikan manfaat akan menyebabkan perkenalan pertama kali itu berlaku, namun sekiranya anda mempersembahkan berpuluh artikel yang bermanfaat, ianya akan membina perhubungan jangka masa panjang yang baik.

Anda tidak perlu untuk menerbitkan sekali gus 100 artikel dalam laman web anda. Hanya perlu terbitkan secara berkala, dan ini akan memberikan peluang dan ruang kepada pembaca anda untuk menghadam setiap penulisan itu dengan lebih baik, tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama.

Menerbitkan secara berkala contohnya 3 kali seminggu akan memberi ruang kepada pembaca anda untuk menghadam setiap artikel tanpa membebankan mereka. Walaupun secara ideal nya, kita mahu mereka sentiasa melekat di laman web kita. Namun kita juga perlu sedar, laman web kita bukanlah platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok dan seumpamanya. Kita perlulah bersikap realistik.

Ini antara perkara penting kenapa pemasaran SEO ini perlu dimulakan seawal perniagaan anda bertapak dalam dunia digital. Semakin awal anda bermula, semakin bagus impaknya apabila usaha-usaha untuk menulis artikel dimulakan dengan bersungguh-sungguh.

Jika anda memerlukan perkhidmatan penulisan artikel, kami ada menyediakan pakej penulisan artikel mesra SEO untuk sesiapa yang memerlukan.

Artikel di tulis oleh Aksara Digital Solutions
Aksara Digital Solutions memberi fokus pada penulisan bahasa melayu untuk pemasaran SEO tempatan.
crossmenu