HUBUNGI
1 August 2022

Bagaimana Menguruskan Kerjaya Secara Jarak Jauh

Kerjaya adalah satu kepentingan dimana ia membina kebolehan dan kemampuanindividu dalam meneruskan kehidupan. Setiap orang memerlukan pekerjaan untuk menperoleh pendapatan dan pencapaian diri dari pelbagai aspek. Setiap pekerjaan datang dari pelbagai latar belakang dan juga cara kerja yang berbeza. terdapat pelbagai jenis sektor pekerjaan dan institusi pekerjaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Manfaat […]
Kerjaya adalah satu kepentingan dimana ia membina kebolehan dan kemampuanindividu dalam meneruskan kehidupan. Setiap orang memerlukan pekerjaan untuk menperoleh pendapatan dan pencapaian diri dari pelbagai aspek. Setiap pekerjaan datang dari pelbagai latar belakang dan juga cara kerja yang berbeza. terdapat pelbagai jenis sektor pekerjaan dan institusi pekerjaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Manfaat Bekerja Secara Jarak Jauh Kepada Setiap Individu

Dalam pada itu, individu yang bekerja secara jarak jauh dapat menguruskan kerjaya mereka melalui saluran yang sedia ada seperti penggunaan e-mel, laman web, applikasi dan media sosial serta banyak lagi seiring dengan peredaran zaman dimana kecanggihan teknologi amat membantu sesebuah kerjaya untuk berkembang. Individu yang mempunyai kerjaya akan menjadi berkebolehan dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai kemudahan yang wujud semasa berkerja seperti pengguasaan dalam bidang IT, dimana inovasi dan penggunaan alat digital serta servis atas talian yang semakin maju.

Penjimatan Kos Dan Risiko Keselamatan

Dari segi kewangan, pihak majikan dapat mengurangkan kos untuk kawasan atau tempat kerja, peralatan, bil, utiliti, pengangkutan dan sebagainya. Manakala, pihak majikan juga dapat menguruskan pekerja tanpa perlu merisikokan keselamatan pekerja kerana mereka tidak perlu bergerak keluar dari tempat tinggal mereka dan dapat mengurangkan risiko pekerja tersebut kerana tidak berada dalam perjalanan untuk ke tempat kerja. Hal ini kerana, bekerja secara jarak jauh tidak memerlukan tempat yang tetap untuk setiap pekerja berkumpul seperti di pejabat dan ianya menjimatkan kos dari segi tempat tinggal dan juga pengangkutan kerana setiap pekerja tidak perlu melakukan perjalanan seperti mana individu yang bekerja secara langsung yang mempunyai tetapan masa untuk tiba di tempat kerja pada waktu yang telah ditetapkan. Tambahan pula, untuk berurusan dengan pekerja atau majikan, mereka boleh manfaatkan saluran panggilan video melalui applikasi seperti Zoom, Skype, Google Meet dan sebagainya untuk berkenalan, berbual dan membuat perbincangan tanpa perlu bersemuka secara fizikal di suatu tempat. Kos hanyalah untuk langganan internet bagi peranti yang sedia ada dan kebanyakan orang memang memiliki peranti seperti telefon bimbit atau tablet kerana ia adalah satu keperluan untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.

Keperluan Pekerjaan Secara Jarak Jauh

Untuk menguruskan kerjaya secara jarak jauh memerlukan komunikasi yang baik sesama pekerja dan majikan dimana ianya diperoleh melalui panggilan, mesej dan juga penyampaian maklumat melalui pelbagai saluran perkhidmatan. Apabila bekerja secara jarak jauh, pekerja dan majikan juga dapat memberi ruang untuk masing-masing mendapatkan waktu kerja yang lebih fleksibel dan mudah diuruskan. Di samping itu, untuk ibu bapa yang bekerja secara jarak jauh. Mereka dapat membahagikan masa untuk bersama dengan ahli keluarga dan anak-anak. Sebagai contoh, sekiranya ibu atau bapa yang bekerja dari rumah perlu menguruskan anak-anak yang tidak mempunyai penjaga lain. Maka, mereka ini dapat memenuhi keperluan anak-anak seperti mengambil atau menunggu anak-anak pulang dari sekolah dan sebagainya. Bekerja dari rumah atau secara jarak jauh secara tidak langsung dapat membantu ramai orang yang memerlukan dimana mereka mungkin tiada kenderaan, tiada penjaga untuk ahli keluarga sekiranya mereka perlu keluar bekerja, dan juga faktor lain seperti kesihatan dan lain-lain. Tambahan pula, bagi pekerja yang kurang berkemampuan mereka mampu menjana pendapatan melalui pekerjaan jarak jauh seperti menjadi ejen atau penjual sambilan secara atas talian dan juga menguruskan perniagaan secara atas talian. Seperti yang kita lihat, pada zaman sekarang, ramai orang mula melibatkan diri dengan bekerja secara atas talian dan juga jarak jauh untuk memenuhi atau menambah sumber pendapatan dan demi kelangsungan hidup.

Jaminan Kerjaya Jarak Jauh

Oleh itu, bekerja secara jarak jauh memberi kelebihan kepada setiap individu dan pihak majikan yang menjalankan gerak kerja melalui cara ini. Seiring dengan peredaran zaman, semakin bertambah pihak yang akan menawarkan kerjaya secara jarak jauh dan setiap individu yang terlibat berpeluang untuk membina kerjaya mereka serta memperoleh pendapatan dan pengalaman untuk mereka dalam pilihan kerjaya yang disertai.

Artikel di tulis oleh Farah Hanina
crossmenu