HUBUNGI
21 April 2022

5 Faktor Penting Di Dalam Pemasaran Digital

Pada masa kini teknologi mendahului kita di dalam pelbagai perkara. Hal ini termasuk juga di dalam pemasaran. Jika sebelum zaman internet, pemasaran lebih kepada risalah, iklan siaran (radio, televisyen, surat khabar), pemasaran dari mulut ke mulut (Word of Mouth), dan antara yang terkenal di Malaysia adalah Multi-level Marketing.  Namun kini, kebanyakan usahawan lebih gemar menggunakan […]

Pada masa kini teknologi mendahului kita di dalam pelbagai perkara. Hal ini termasuk juga di dalam pemasaran. Jika sebelum zaman internet, pemasaran lebih kepada risalah, iklan siaran (radio, televisyen, surat khabar), pemasaran dari mulut ke mulut (Word of Mouth), dan antara yang terkenal di Malaysia adalah Multi-level Marketing

pemasaran digital, faktor

Namun kini, kebanyakan usahawan lebih gemar menggunakan Pemasaran Digital sementelahan pula ramai antara kita sememangnya pengguna internet hampir sepanjang masa.

Pemasaran Digital mempunyai banyak kelebihan, antaranya tiada had dan sempadan, pendekatan lebih mudah, hasil yang boleh diukur, serta dapat sampai kepada pengguna dengan pantas. 

Tanpa strategi pemasaran digital yang tepat, pemerolehan pelanggan baharu, penerimaan jenama dalam kalangan masyarakat, seterusnya menjadikan peluang untuk menjana hasil terkesan.

Maka sebelum ini, kami juga ada berkongsi dengan anda mengenai 2 Sebab Membina Perhubungan Akan Meningkatkan Jualan Anda sebagai salah satu cara membina keyakinan bakal pelanggan, atau pelanggan sedia ada terhadap produk, atau perkhidmatan keluaran anda yang terkini, terkenal mahupun akan datang.

Seterusnya kami akan berkongsi dengan anda 5 Faktor Penting Di Dalam Pemasaran Digital, agar sama-sama kita dapat menaikkan jualan sekaligus menarik perhatian pelanggan.

1. Isi Kandungan Laman Web

Laman Web merupakan suatu risalah digital yang penting bagi anda mengisi segala informasi tentang produk/perkhidmatan yang anda jalankan. 

Di sinilah anda boleh meletakkan gambar produk, logo syarikat, testimoni, maklum balas pelanggan, pengumuman terkini, promosi - mudah kata gunakan platform ini untuk menarik perhatian bagi menaikkan jenama anda.

Antara 3 Tips Untuk Laman Web anda adalah: 

a. Peka terhadap kehendak pelanggan, serta fokus kepada kelebihan dan keunikan produk/perkhidmatan anda berbanding jenama lain.

b. Pastikan anda mengutamakan susun atur laman web yang mudah dinavigasi dan sarat dengan penerangan ringkas dan padat untuk para pelanggan.

c. Bina kredibiliti jenama anda dengan paparan sijil (daftar, No. SSM, halal) yang berkenaan dengan produk/perkhidmatan, dan juga sediakan pautan kepada akaun media sosial seperti Twitter, Instagram, TikTok, serta Facebook.

2. Reka Bentuk Iklan

Reka bentuk iklan adalah faktor penting bagi Pemasaran Digital, kerana melalui iklan maka mudah untuk menarik minat pelanggan. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. 

Di dalam reka bentuk iklan, pastikan anda menggunakan warna yang menarik, logo yang ringkas. moden, dan mudah diingat, memberi maklumat yang penting, gambar yang bersesuaian dengan mesej produk/perkhidmatan, dan seterusnya format yang bersesuaian dengan pengguna telefon bimbit.

Antara contoh iklan yang boleh diketengahkan adalah:

  • Iklan bersesuaian untuk telefon bimbit agar pengguna boleh akses dan lihat dengan cepat.
  • Iklan bergambar yang menarik perhatian seperti poster, banner, dan email berserta slogan atau moto produk/perkhidmatan 
  • Iklan per klik, iaitu dengan menggunakan perkhidmatan Google Adwords untuk membantu mendapatkan trafik pelanggan dengan pantas dan mudah.
  • Iklan berbentuk video yang kini amat terkenal di TikTok, Instagram Story, Instagram Reels, dan Facebook Reels yang berdurasi seringkas 1 ke 3 minit sahaja. Boleh dirakam dan disunting hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda di mana sahaja anda berada.
faktor, iklan, pelanggan

3. Pemasaran Dari Segi Kandungan (Content Marketing)

Isi kandungan di dalam semua jenis pemasaran adalah amat penting. Namun ramai antara kita yang tidak menggunakannya dengan betul. 

Sekiranya isi kandungan untuk pemasaran digital anda diaplikasikan dengan tepat, relevan dan berkualiti, maka anda pasti akan dapat melihat hasilnya melalui jualan atau langganan bagi produk/perkhidmatan anda.

Pada isi kandungan inilah anda menggunakan SEO dengan sebaik mungkin agar carian anjin seperti Google dan Bing dapat mengenal pasti laman web anda dan akan muncul sebagai cadangan.

4. Search Engine Optimisation (SEO)

SEO adalah faktor terpenting di dalam Pemasaran Digital bagi memaksimumkan pendedahan laman web serta jenama anda kepada pelanggan atau bakal pelanggan. 

Hal ini kerana, dengan SEO maka laman web anda akan mudah dikenali sekaligus menarik trafik pengunjung.

Pada asasnya SEO adalah tentang memastikan anda mempunyai laman web yang kaya dengan kandungan serta halaman yang dioptimumkan dengan baik, juga terdapat banyak pautan dan perkongsian sosial. 

Internet adalah tempat yang sangat kompetitif, dan tanpa SEO yang hebat adalah amat sukar untuk mendapatkan trafik yang mencukupi untuk mencapai tahap jualan atau langganan yang tinggi.

Kami ada berkongsi dengan terperinci mengenai SEO di dalam artikel kami yang terdahulu. Antaranya adalah; 3 Perkara Penting Memulakan Pemasaran SEO dan 3 Sebab Pemasaran SEO Perlu Dimulakan Awal.

5. Penggunaan Media Sosial

Faktor kelima yang penting di dalam Pemasaran Digital adalah, penggunaan Media Sosial yang kesannya begitu menonjol, berkesan, dan amat meyakinkan.

Meskipun Media Sosial adalah satu cabang pemasaran yang tersendiri di dalam dunia pemasaran, namun begitu kami akan hujahkan secara asas dan ringkas untuk anda pelajari.

Terdapat pelbagai aplikasi media sosial yang sering digunakan serta mendapat sambutan di Malaysia. Antaranya adalah Facebook, Instagram, Twitter, TikTok, Youtube, dan juga Pinterest.

Setiap platform mempunyai pengguna dengan latar belakang dan kehendak yang tersendiri, bersesuaian dengan umur serta minat.

Kebanyakan usahawan masa kini gemar membuat iklan yang berbentuk viral, agar mendapat perhatian atau tontonan yang banyak sekaligus membuatkan produk mereka menjadi bualan.

Antara sebab penting pemasaran digital dalam media sosial adalah:

a. Menggalakkan pelanggan membuat dan berkongsi pengalaman mereka sendiri, dengan memberi komen atau ulasan produk dalam bentuk video pendek, posting, atau balas kepada Whatsapp penjual.

b. Dengan menggunakan media sosial sebagai platform utama untuk memulakan perniagaan atau memperkenalkan perkhidmatan dapat mencapai pengguna dan pelanggan dengan pantas menggunakan tanda pagar (hashtag), kata kunci atau membayar perkhidmatan influencer.

c. Boleh mencapai pelanggan di serata Malaysia dan tidak terkekang hanya di satu-satu kawasan sahaja, lalu menjadikan penjenamaan produk anda tersebar dengan meluas.

Kesimpulannya, amat penting bagi para usahawan, sama ada yang baru atau lama mempelajari serta cekap menggunakan Pemasaran Digital dengan format dan platform yang betul bagi melihat hasil, dan mendapatkan Return of Investment (ROI) yang diingini bersesuaian dengan kos dan masa yang telah diberikan.

Artikel di tulis oleh Putri Mohd Anuar
crossmenu