HUBUNGI
16 August 2022

6 Langkah Mengoptimumkan Penggunaan SEO

SEO merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menaikkan trafik pembaca terhadap perniagaan atau sebarang perkhidmatan yang anda tawarkan secara atas talian. Tidak kisah sama ada perniagaan anda berada di Facebook, Instagram, mahupun Twitter. Dengan menggunakan teknik SEO yang tepat, pasti anda akan dapat melihat hasil perniagaan, perkhidmatan, mahupun artikel anda mendapat cadangan teratas di […]

SEO merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menaikkan trafik pembaca terhadap perniagaan atau sebarang perkhidmatan yang anda tawarkan secara atas talian.

Tidak kisah sama ada perniagaan anda berada di Facebook, Instagram, mahupun Twitter. Dengan menggunakan teknik SEO yang tepat, pasti anda akan dapat melihat hasil perniagaan, perkhidmatan, mahupun artikel anda mendapat cadangan teratas di Google atau Bing.

optimum, mengoptimumkan

Sebelum mengenali langkah untuk mengoptimumkan penggunaan SEO, kami juga pernah berkongsi 3 Sebab Pemasaran SEO Perlu Dimulakan Awal agar anda dapat lebih manfaat dan pengetahuan untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan kaedah SEO.

Pertama sekali kita akan membincangkan 5 sebab mengapa sangat penting untuk mengoptimumkan laman web anda, sekaligus ia mampu menaikkan ranking dari semasa ke semasa secara sendirinya.

1. Jadikan laman web anda khusus buat sasaran pembaca tertentu

  • Pada kebiasaannya para usahawan tidak sependapat dengan carian enjin Google, kerana merasakan Google tidak menjadikan laman web mereka antara pilihan teratas terutama sekali apabila ada penambahbaikan selepas kemaskini algoritma dijalankan.
fokus, pembaca, hasil,
  • Realitinya sasaran Google dan anda adalah sama iaitu untuk:

a. Memberikan hasil carian terbaik untuk pembaca

b. Mencipta pengalaman positif terhadap carian internet

c. Utamakan pilihan yang memberi jawapan paling tepat

  • Tugas utama anda adalah untuk fokus terhadap pembaca sasaran yang bakal mengunjungi laman web dengan memberi informasi yang diingini pembaca.
  • Kemudian selebihnya algoritma akan membantu dengan memberi perhatian untuk memandu pembaca ke laman web yang mereka cari.
  • Dengan memahami fungsi SEO, anda pasti akan menyediakan kata kunci utama yang bersesuaian dengan kehendak pembaca.
  • Pastikan anda menyediakan maklumat meta (penting) agar Google dapat memahami isi kandung yang pembaca gemar, cari, dan perlukan.
  • Setelah mengetahui bagaimana untuk mengoptimumkan SEO ini, anda pasti akan berpuas hati kerana dapat memenuhi matlamat anda sekaligus membantu pembaca. 
  • Hal ini juga dapat mencipta suatu hubungan yang baik antara laman web anda dengan carian enjin.

2. Kembangkan trafik pembaca secara organik

  • Umum mengetahui bahawa untuk menaikkan sesuatu perniagaan atau perkhidmatan kita harus bermula dengan pengiklanan berbayar, lalu sebelum adanya keuntungan kita telah pun menggunakan separuh dari modal hanya untuk tujuan pengiklanan semata-mata.
  • Namun dengan menggunakan SEO, anda tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal langsung. Ianya adalah PERCUMA.
  • Selain dari itu, ada mungkin perlu mengeluarkan sedikit modal hanya dengan membayar untuk membangun serta mempromosikan kandungan laman web tetapi tidak semahal bayaran untuk pengiklanan. 
  • Tidak salah untuk anda menggunakan iklan berbayar sebagai langkah tambahan, akan tetapi anda akan lihat hasil dari perkembangan trafik secara organik dengan iklan berbayar tidak jauh perbezaannya.
  • Anda harus berani untuk luangkan lebih banyak masa dan mungkin juga sedikit wang bagi mengembangkan trafik pembaca secara organik, tetapi hasilnya akan bertahan lebih lama dan mendapat lebih banyak carian.

3. Memanfaatkan trafik sedia ada

  • Apabila ada pembaca yang melawat laman web anda, pasti anda tidak mahu mereka sekadar menjengah dan terus keluar, jadi kita perlu lakukan sesuatu untuk memanfaatkan trafik tersebut.
  • Pelajari corak pembaca anda dengan memahami pengalaman pengguna, iaitu cara navigasi mereka di laman web, sama ada mereka lebih gemar membaca terus ke bawah, atau klik pada pautan yang anda sediakan.
  • Selain dari itu, pastikan anda menarik perhatian pembaca pada permulaan muat naik laman web untuk menerima email dari anda, dan sediakan media sosial lain untuk mereka ikuti atau langgani.

4. Memberi penekanan terhadap laman web anda

  • Anda harus meneliti isi kandung laman web agar pembaca terus mendapat maklumat yang diperlukan.
  • Jangan hanya sekadar fokus pada reka bentuk dan warna, penekanan terhadap perkataan dan maklumat haruslah diletakkan 100%.
  • Setelah selesai membuat kajian terhadap keinginan pembaca akan maklumat yang bakal anda berikan, aplikasikan data tersebut pada laman web anda dan lihat hasilnya.
  • Sentiasa utamakan SEO, kerana tanpa trafik sukar untuk anda mendapatkan lawatan dari mana-mana pembaca. 
  • Hasilkan laman web yang mempunyai nilai tinggi, penuh informasi, serta banyak pautan agar pelawat akan berada di situ lebih lama.

5. Berikan pembaca anda apa yang mereka mahu dan cari

  • Sebagai contoh mudah, anda membuat perkhidmatan membaiki peti ais secara bersemuka tanpa pelanggan perlu membawa peti ais tersebut kepada anda
  • Setelah pelanggan meneliti perkhidmatan yang anda tawarkan, anda menyediakan pautan untuk mengisi borang bagi maklumat yang perlu, pastikan borang tersebut ringkas dan padat. 
  • Kemudian di akhir pengisian borang tersebut, anda meminta pelanggan untuk mendaftar alamat email mereka bagi pengesahan temu janji.
  • Secara tidak langsung, anda telah meyakinkan pelanggan untuk mendaftar bagi informasi akan datang tentang promosi kos perkhidmatan, promosi khidmat rundingan, dan perkhidmatan lain yang anda tawarkan.
  • Hal ini bermaksud, laman web anda telah menyediakan maklumat yang pelanggan perlukan, memenuhi kriteria yang mereka ingin, lalu membuat mereka berasa puas hati dengan pengalaman navigasi dan informasi di laman web anda.

Setelah meneliti sebab mengapa perlunya optimasi laman web anda, kami akan kongsikan 6 Langkah Mudah Mengoptimumkan SEO.

1. Analisis Data Laman Web Anda

  • Gunakan Google Search Console sebagai salah satu tools untuk dapatkan analisis data pengalaman pengguna di laman web anda.
  • Laporan dari pengalaman pengguna ini mampu membantu menaik taraf kualiti laman web sekaligus menarik perhatian lebih ramai pembaca.
  • Data ini akan memberi anda, tingkah laku pembaca di laman web anda, antaranya adalah berapa pautan yang mereka klik, sama ada mereka membaca sehingga tamat, serta adakah mereka berminat untuk mendapatkan informasi akan datang.

2. Memilih Kata Kunci Yang Tepat

  • Pemilihan kata kunci amat penting bagi menarik trafik, sebagai contoh anda melakukan perkhidmatan membaiki peti ais, pastikan anda gunakan kata kunci seperti peti ais, membaiki, atau jenama yang terkenal.
  • Anda juga boleh memilih kata kunci yang sesuai dengan menggunakan beberapa khidmat laman web lain yang dapat membantu seperti; Google Keyword Planner, Ubersuggest, Semrush.
kata kunci

3. Hasilkan Informasi Yang Panjang Dan Kaya Dengan Nilai

  • Pada kebiasaannya laman web dengan 1,600 patah perkataan lebih mendapat sambutan pembaca.
  • Lebih panjang artikel anda, lebih banyak informasi dan lengkap bagi pembaca mendapatkan segala maklumat yang mereka perlukan.
  • Membolehkan Search Engine Results Pages (SERP) menjadikan laman web anda sebagai pilihan Top 5 di carian enjin.
  • Meskipun kepanjangan artikel atau huraian bukanlah suatu kemestian buat anda, akan tetapi ia dapat menghantar isyarat kepada carian enjin bahawa anda menyediakan informasi yang tepat dan diperlukan.
  • Jika sekiranya pembaca membaca artikel anda sehingga tamat, serta meluangkan lebih masa, dan terus menavigasi laman web anda, maka ini bermaksud anda telah menarik perhatian pembaca berkenaan.

4. Optimumkan On-Page SEO

  • On-page SEO membantu optimumkan laman web anda semasa anda di dalam proses menyiapkan halaman yang berkaitan.
  • Antara faktor yang diambil kira adalah, tajuk, tajuk kecil, URL, dan maklumat meta.
  • Kata kunci utama harus diberi penekanan dan berkaitan dengan tajuk besar anda bagi memudahkan pembaca mendapatkan maklumat yang diingini.
  • Perhatian terhadap kata kunci juga dapat membantu carian enjin mengenal pasti informasi yang anda ingin sampaikan lalu menjadikan laman web anda mudah ditemui.

5. Optimumkan Off-Page SEO

  • Off-page SEO juga dimaksudkan dengan - off-site SEO, adalah salah satu cara untuk memberitahu tentang kewujudan laman web anda,
  • Antara contoh mudah adalah, blogger, aktiviti di media sosial, pemasaran menggunakan influencer, dan jenama yang menjadi sebutan membolehkan laman web anda ditemui, dan dilawati oleh pembaca, pelanggan, atau bakal pelanggan.
  • Kesemua cara di atas dapat membantu optimumkan SEO pada laman web anda.

6. Sesuaikan Laman Web Untuk Pengguna Telefon Bimbit

  • Pastikan laman web anda adalah serasi untuk di buka di telefon bimbit.
  • Ramai antara kita lebih kerap menggunakan telefon bimbit berbanding komputer, atau komputer riba kerana ia mudah, dan kompak.
  • Google juga lebih fokus untuk pengguna telefon bimbit bagi melayari carain enjin mereka, hal ini membolehkan laman web anda mendapat ranking tertinggi sekiranya laman web anda adalah mobile friendly.

Sekiranya anda menggunakan kesemua langkah yang kami kongsikan di atas untuk SEO, pasti anda dapat membaik pulih dan menaik taraf kualiti laman web agar mendapat lebih banyak sambutan.

Pastikan juga anda menggunakan perkataan yang mudah difahami, kata kunci yang bersesuaian, huraian yang lengkap dengan maklumat, serta jadikan laman web anda sesuai dengan pengguna telefon bimbit. Semoga dengan ilmu yang dikongsi ini menjadikan laman web anda mendapat sambutan, serta kedudukan carian teratas.

Artikel di tulis oleh Putri Mohd Anuar
crossmenu