HUBUNGI
19 March 2022

2 Sebab membina perhubungan akan meningkatkan jualan anda

Ramai hari ini terlalu fokus untuk membuat pengiklanan berbayar tanpa memikirkan dengan siapa iklan mereka itu akan dihidangkan. Bukanlah perkara yang salah, namun ianya akan menyebabkan kos iklan bertambah dan kita hanya fokus kepada mencari bakal pelanggan yang baru. Andai kita mengubah sedikit proses ini kepada pembinaan perhubunngan terlebih dahulu, walaupun mungkin laluan yang kita […]

Ramai hari ini terlalu fokus untuk membuat pengiklanan berbayar tanpa memikirkan dengan siapa iklan mereka itu akan dihidangkan. Bukanlah perkara yang salah, namun ianya akan menyebabkan kos iklan bertambah dan kita hanya fokus kepada mencari bakal pelanggan yang baru.

Andai kita mengubah sedikit proses ini kepada pembinaan perhubunngan terlebih dahulu, walaupun mungkin laluan yang kita perlu tempuh itu lebih jauh, ianya akan memberikan impak jangka masa panjang yang lebih berkesan.

Membina perhubungan ini ada banyak caranya, salah satu adalah dengan memberikan manfaat atau nilai-nilai berharga kepada mereka tanpa memerlukan mereka untuk membuat sebarang belian terlebih dahulu. Apabila mereka mencuba tips atau ilmu yang kita persembahkan secara percuma dan mereka mendapat hasil, di sinilah bermulanya perhubungan hebat yang akan memberikan impak positif untuk jangka masa panjang.

Perhubungan untuk menonjolkan kredibiliti

Perhubungan dalam dunia digital ini pada mulanya bersifat satu hala, kita yang memberikan mereka manfaat melalui isi kandungan dan content yang kita terbitkan. Sama ada ianya dalam bentuk penulisan, video, audio atau apa sahaja medium yang boleh kita gunakan dalam dunia digital ini.

Perhubungan satu hala ini, akan berubah menjadi perhubungan dua hala, apabila mereka mula bertanyakan soalan, memberi komen dan maklum balas dan akhirnya jika kita memberikan interaksi balas, komunikasi dua hala ini akan mewujudkan perhubungan yang lebih erat dan utuh.

Kepercayaan akan mula terbina, dan secara langsung, mereka akan mula percaya dengan apa yang kita persembahkan. Kepercayan ini adalah perkara yang sangat berharga dan perlulah kita jaga dengan baik. Ianya boleh musnah dan luput dalam tempoh sekelip mata, walaupun proses untuk membinanya ada ketika memakan masa bertahun lamanya.

Semakin banyak mereka menikmati isi kandungan dan perkongsian yang berkait rapat dengan bidang kita, semakin utuh kedudukan kita dalam bidang yang diceburi. Sebagai contoh, sekiranya kita menjual lilin premium. Kita pun berkongsi mengenai pelbagai jenis bahan yang boleh dibuat lilin. Ada yang sesuai untuk semua golongan, ada pula yang berbahaya untuk anak kecil.

Setiap perkongsian kita itu, akan mendidik bakal pelanggan kita, kita akan menjadi sumber rujukan utama sekiranya tiada penggiat lilin lain yang melakukan perkara yang sama. Akhirnya, apabila mereka ingin mendapatkan lilin premium, kita akan menjadi tempat pertama mereka membuat belian.

Kepercayaan yang akan meningkatkan nilai belian

Perhubungan yang baik walaupun pada awalnya hanyalah bersifat satu hala, ianya akan dalam masa yang sama, membina kepercayaan kepada jenama dan perniagaan anda. Kepercayaan ini sangat mahal nilainya. Bayangkan kita tak pernah membuat belian mahal di sesuatu kedai, pasti kita akan lebih berhati-hati untuk membuat belian yang tinggi nilainya.

Berbeza pula sekiranya kita telah mempercayai sesebuah kedai atau peniaga itu, belian dengan harga yang lebih tinggi akan boleh dibuat tanpa rasa takut atau khuatir ditipu. Di sinilah kelebihan membina perhubungan untuk jualan berulang dalam tempoh yang lama.

Semakin kuat perhubungan kita dengan bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada, semakin tinggi nilai jualan per transaksi yang akan boleh kita capai. Ini 2 perkara penting yang boleh kita nikmati apabila membina perhubungan jangka masa pendek atau jangka masa panjang bersama netizen.

Ada banyak lagi kelebihan lain yang akan kita perolehi apabila perhubungan pelanggan ini terbina, akan kita bincangkan dalam artikel yang berbeza. Buat masa ini, fokus untuk membina perhubungan ini, anda akan rasai sendiri bagaimana perhubungan ini menjadi salah satu elemen yang sangat berkesan dalam pemasaran digital anda.

Artikel di tulis oleh Aksara Digital Solutions
Aksara Digital Solutions memberi fokus pada penulisan bahasa melayu untuk pemasaran SEO tempatan.

[…] sebelum ini, kami juga ada berkongsi dengan anda mengenai 2 Sebab Membina Perhubungan Akan Meningkatkan Jualan Anda sebagai salah satu cara membina keyakinan bakal pelanggan, atau pelanggan sedia ada terhadap […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

crossmenu